Khamis, 31 Mei 2012

Kenyataan Umum Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Berhubung Dakwaan Pembatalan Program Ceramah Ustaz Azhar Idrus

 
 
Jakim ingin merujuk tohmahan yang dilontarkan oleh beberapa individu melalui e-mel berhubung dakwaan Jakim terlibat dalam pembatalan program ceramah Ustaz Azhar Idrus yang dijadual akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 26 Mei 2012.
 
Pertamanya Jakim ingin menjelaskan bahawa Jabatan ini tidak terlibat dalam penganjuran ceramah berkenaan sebagaimana yang didakwa oleh sesetengah pihak. Jakim juga tidak pernah dimaklumkan secara rasmi mengenai penganjuran program tersebut.
 
Seterusnya, Jakim ingin menafikan bahawa Jabatan ini telah menerima arahan daripada Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri Malaysia, Y.Bhg. Dato’ Jailani Ngah supaya membatalkan penganjuran ceramah tersebut atas apa jua sebab. Jakim juga difahamkan bahawa Pejabat Setiausaha Politik berkenaan tidak pernah mengeluarkan arahan samada bertulis atau lisan kepada mana-mana pihak untuk membatalkan program tersebut.
 
Sehubungan itu, Jakim mohon orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi negatif yang mengaitkan pihak Jakim dengan perkara berkenaan.
Sekian, terima kasih.
 
 

Isnin, 28 Mei 2012

Lessons in Logic

Lessons in Logic




http://fundoomails.com/wp-content/uploads/2010/07/Funny-Quotes-3.jpg
http://fundoomails.com/wp-content/uploads/2010/07/Funny-Quotes-3.jpg



If your father is a poor man,
it is your fate but,
if your father-in-law is a poor man,
it's your stupidity.





Practice makes perfect.....
But nobody's perfect..... .
so why practice?

http://foolface.com/wp-content/uploads/2010/02/1265320034.jpg


If it's true that we are here to help others,
then what exactly are the others here for?




Since light travels faster than sound,
people appear bright until you hear them speak.




One should love animals.
They give unconditioned love.




Behind every successful man, there is a woman
And behind every unsuccessful man, there are two.



The wise never marry.
and when they marry they become otherwise.




"Your future depends on your dreams"
So go to sleep.




There should be a better way to start a day
Than waking up every morning.





The more you learn, the more you know,
The more you know, the more you forget
The more you forget, the less you know
So.. why learn.






A bus station is where a bus stops.
A train station is where a train stops.
On my desk, I have a work station....
what more can I say........

sumber....

sumber........... 

Jumaat, 25 Mei 2012

LAWATAN KAJIAN KE MARKAS ANGKATAN KAPAL SELAM, TELUK SEPANGAR SABAH

KEWAJIPAN DI PERBATASAN

LAWATAN KAJIAN KE MARKAS ANGKATAN KAPAL SELAM, TELUK SEPANGAR SABAH
 
17-18 MEI 2012  - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Jakim telah berjaya mengadakan lawatan kajian ke Markas Angkatan Kapal Selam Tentera Laut Diraja Malaysia, Teluk Sepangar Kota Kinabalu Sabah bagi melengkapkan maklumat untuk penyediaan garis panduan ibadah dalam kapal selam serta perkara-perkara berkaitan dengannya termasuk pengurusan jenazah. Lawatan kajian ini diketuai oleh S.S. Dato’ Hj. Hassan bin Hj. Ahmad, Mufti Negeri Pulau Pinang merangkap pengerusi Panel Kajian Syariah(PKS), Jakim. Turut serta dalam lawatan ini S.S. Dato’ Mohamad Shukri bin Mohamad, Mufti Negeri Kelantan dan YBhg. Dato Seri Nooh bin Gadot, Penasihat Agama Majlis Agama Islam Negeri Johor sebagai ahli Panel Kajian Syariah, Jakim.
 
Lawatan kajian yang dijalankan ini adalah susulan tindakan kepada keputusan Mesyuarat Panel Kajian Syariah kali ke-78 supaya mengadakan kajian lanjut ke dalam kapal selam dengan melihat secara lebih dekat suasana yang dialami oleh pihak angkatan kapal selam mengenai isu-isu syariah yang timbul semasa belayar sama ada dalam latihan atau semasa bertugas. Pemerhatian secara lebih dekat dapat menghasilkan satu keputusan yang lebih tepat dan mantap dalam penyediaan garis panduan berkenaan.
 
Hasil kajian yang dilakukan akan dilaporkan dalam Mesyuarat Panel Kajian Syariah, Jakim kali ke-79 yang akan datang dan seterusnya akan diangkat ke Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan untuk mendapat persetujuan dan pengesahan.
 
 
 
 
 
 

Rabu, 23 Mei 2012

AL GHUZWAH AL FIKRI- SERANGAN PEMIKIRAN ALAF BARU CABARAN UNTUK UMAT ISLAM

Jamil Khir: Buku Irshad Manji berbahaya kepada umat Islam

May 20, 2012
Irshad bercakap di sebuah forum terbuka di KLSCAH di Kuala Lumpur, 19 May 2012. — Gambar oleh Choo Choy May
 
ALOR SETAR, 20 Mei — Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) supaya segera menyiasat buku terbaru hasil tulisan seorang aktivis muslimah liberal, Irshad Manji. Katanya hasil pandangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, buku bertajuk “Allah, Liberty and Love” itu dipenuhi unsur penghinaan terhadap Islam.
Beliau berkata setakat ini, pihak berwajib termasuk KDN telah menjalankan siasatan dan membuat pemeriksaan di sekitar Kuala Lumpur serta Selangor namun kuasa untuk menyekat penjualan buku itu di negara ini terletak di tangan KDN.
“Di Kuala Lumpur, tempat-tempat yang dia (Irshad) pergi tu pihak-pihak bertanggungjawab sama ada di Kuala Lumpur ataupun di Selangor telah pun mengambil tindakan masing-masing,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Katanya tindakan memeriksa sama ada buku itu ada dijual atau sebaliknya, perlu dilakukan kerana tidak mendapat kebenaran untuk dijual.
“Tindakan untuk pengharaman buku ni di bawah KDN. Kita (Jakim) boleh bagi pandangan kepada KDN dan berdasarkan daripada pengamatan awal kita, buku ini merupakan buku yang berbahaya kepada umat Islam, jadi kita akan panjangkan pandangan kepada KDN untuk buku ni diambil tindakan,” katanya.
Irshad, seorang pendukung lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) di peringkat antarabangsa, dikatakan masuk ke negara ini tiga hari lalu untuk melancarkan buku terbarunya itu.
Dia telah melancarkan buku terbarunya itu semalam dan pulang ke Kanada malam tadi.
Irshad pernah mengarang buku yang menimbulkan kemarahan umat Islam di dunia yang berjudul “The Problem With Islam Today” yang mengandungi idealisme yang sama dengan Salman Rushdie, penulis novel “The Satanic Verses”.
Sebelum ini, Jakim dan KDN menyekat sebarang program melibatkan wanita itu kerana ideologi yang dibawanya boleh memberi implikasi yang buruk terhadap umat Islam di negara ini.
Ideologi tersebut juga jelas bertentangan dengan kedudukan Malaysia sebagai negara Islam berdasarkan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan (Islam sebagai Agama Persekutuan), akta dan enakmen agama Islam negeri-negeri, undang-undang sivil dan norma masyarakat. — Bernama

sumber.............

Selasa, 22 Mei 2012

Hamka yang sederhana

 
 HARIMAU MATI MENINGGALKAN BELANG, MANUSIA MATI MENINGGALKAN NAMA

Hamka yang sederhana

TOKOH ini adalah seorang ulama, pujangga dan pendakwah terkenal serta berpengaruh di Asia Tenggara yang lahir dengan nama Haji Abdul Malik Karim Amrullah. Bagaimanapun, beliau lebih dikenali dengan nama Hamka.
Ketika berusia 16 tahun, Hamka merantau ke Jawa. Di sana beliau menimba ilmu daripada HOS Tjokroaminoto, Ki Bagus Hadikusumo, RM Soerjopranoto, KH Fakhruddin dan A.R. Sutan Mansur.
Beliau aktif dalam organisasi Muhammadiyah. Pada 1936 Hamka berpindah ke Medan. Di sana beliau memulakan karier keulamaannya dan menulis banyak novel. Hamka dikenali kerana berpengetahuan luas.
Selain itu, beliau juga terkenal sebagai ulama yang berandangan sederhana. Pada tahun 1975, semasa Majlis Ulama Indonesia (MUI) ditubuhkan, Hamka terpilih sebagai presiden.
Ulama besar dan pujangga ini meninggal dunia pada hari Jumaat, 24 Julai 1981.
Mahir dengan sendiri
Hamka tidak pernah mendapat pendidikan rasmi. Beliau belajar agama di sekolah agama Padang Panjang dan Parabek (dekat Bukit Tinggi) serta daripada keluarganya.
Beliau sangat berbakat dalam bidang bahasa. Hamka mampu membaca sastera Arab, termasuk terjemahan daripada tulisan Barat.
Dunia antarabangsa mengakui kemahirannya dalam bidang keislaman yang diperoleh dengan cara belajar sendiri.
Beliau memperoleh gelaran Doktor Kehormat dari Universiti al-Azhar, Mesir dan Universiti Kebangsaan Malaysia. Salah satu karya agung Hamka ialah Tafsir al-Azhar (30 juz).
Beliau menyiapkan tafsir al-Quran itu ketika dipenjarakan selama beberapa tahun kerana dianggap menentang rejim pemerintahan Orde Lama.
Ulama sederhana
Pandangan sederhana Hamka membuatkan beliau diterima oleh semua pihak. Di kalangan orang ramai, Hamka dikenali dengan pidatonya yang menyejukan hati dan mampu menaikkan semangat. Sebagai tokoh pembaharuan, beliau menentang penguasaan adat terhadap ajaran agama, terutama di Minangkabau, seperti pola hubungan kekeluargaan yang bersifat matriarki (berdasarkan kuasa ibu).
Ulama pujangga
Hamka juga dikenal sebagai pengarang novel. Beliau pernah diberi nama julukan "Kiai Novel" kerana kegiatannya yang dianggap menyalahi tradisi keulamaan itu. Puluhan tahun kemudian barulah julukan itu berubah menjadi "Ulama Pujangga".
Karyanya yang berbentuk novel antaranya ialah Di Bawah Lindungan Kaabah, Mandi Cahaya di Tanah Suci, Di Lembah Nil, Merantau ke Deli, Tenggelamnya Kapal Van Ver Wijck dan Di Dalam Lembah Kehidupan.
Beliau juga meninggalkan lebih daripada 100 karya dalam pelbagai bidang kajian seperti politik, sejarah, budaya dan ilmu keislaman.
Muhammadiyah
Perkenalannya dengan tokoh-tokoh Muhammadiyah membuatkan Hamka aktif dalam organisasi itu. Beliau beberapa kali memangku jawatan sebagai pemimpin Muhammadiyah , antaranya Majlis Konsul Muhammadiyah di Sumatera Tengah (1934), pemimpin Muhammadiyah Sumatera Timur (1942) dan anggota pemimpin pusat Muhammadiyah (1953). Sejak 1971 beliau dilantik sebagai penasihat pemimpin pusat Muhammadiyah sehingga akhir hayat. Nama Hamka diabadikan sebagai nama pusat pengajian tinggi kepunyaan Muhammadiyah di Jakarta, iaitu Universiti Hamka.

rujukan.............

Isnin, 21 Mei 2012

GURU PENJANA INOVATIF PENDIDIKAN-KHUTBAH JAKIM


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
GURU PENJANA INOVATIF PENDIDIKAN
(11 Mei 2012 / 19 Jamadilakhir 1433H)

Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah,
Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru kepada sidang Jumaat yang dikasihi sekalian, marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa serta melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita berbahagia di dunia dan di akhirat.Mimbar pada hari ini akan membincangkan khutbah bertajuk: GURU PENJANA INOVATIF PENDIDIKAN”.
Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah,
Sesungguhnya kecemerlangan hidup seseorang di dunia ini tidak dapat lari dari sumbangan dan pengorbanan orang lain sama ada ibu bapa, ahli keluarga, kaum kerabat, rakan-rakan, guru-guru dan sebagainya. Sumbangan dan pengorbanan tersebut sudah tentu tidak mampu dibalas, lebih-lebih lagi sumbangan para guru yang membimbing kita ke arah kecemerlangan hidup di dunia dan di akhirat.
Tarikh 16 Mei pada setiap tahun merupakan hari yang amat bermakna bagi setiap warga guru pasti diingati, dihargai dan diraikan dengan sewajarnya. Tidak kiralah siapa pun yang pernah mengajar kita, banyak atau sedikit ilmu yang dicurahkan, tidak kira apa bangsa atau agamanya, mereka tetap guru kita. Merekalah yang mengajar kita membaca, menulis dan mengira supaya kita ini menjadi insan yang berilmu dan berguna. Oleh yang demikian, adalah wajar untuk kita mengiktiraf sumbangan dan jasa guru terhadap pembangunan masyarakat dan negara.Berdasarkan kepada sumbangan para guru maka tema sambutan Hari Guru pada tahun ini ialah “Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara”.
Guru Inovatif adalah guru yang mampu membuat transformasi (perubahan) atau mencipta sesuatu yang baru samada dalam bentuk sumber atau kaedah yang sesuai dengan perkembangan semasa ke arah penjanaan dan perkembangan minda yang lebih dinamik. Atas dasar itu, guru haruslah berperanan untuk menggarap elemen-elemen inovasi di dalam melonjak transformasi pendidikan negara, dengan idea dan kepakaran yang diterpakan sebagai proses pengajaran dan pembelajaran dapat mengaplikasi segala sumber ilmu melalui kaedah yang paling kreatif dan berinovasi. Firman Allah SWT dalam surah Ali-Imran ayat 190:
Maksudnya: Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal.

Menurut Imam al-Qurtubi mengatakan bahawa ayat ini mengandungi perintah Allah kepada manusia supaya menggunakan akal dan fikiran, untuk melakukan penelitian serta penyelidikan terhadap dalil kekuasaan Allah di muka bumi. Budaya mengkaji dan bermuhasabah ini diharapkan mampu menjana guru-guru yang berinovasi.
Sidang Jumaat yang dikasihi Allah,
Usaha melahirkan modal insan yang beriman dan bertakwa bukanlah suatu usaha yang mudah dan boleh di pandang remeh. Usaha tersebut memerlukan ilmu dan kemahiran yang tinggi. Justeru atas tuntutan tersebut, para guru telah banyak berkorban masa, tenaga dan wang ringgit tanpa mengenal erti penat lelah dan perasaan jemu  bagi memastikan anak-anak didiknya menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara pada masa hadapan. Selain daripada itu juga para guru berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menghapuskan kejahilan dan kecelaruan yang sering kali bermain dibenak fikiran anak-anak didiknya. Dengan berkat kesabaran, kesungguhan dan pengorbanan yang ditunjukkan maka akhirnya lahirlah mereka yang berjaya dan tersohor di tengah-tengah masyarakat.
Kita tidak dapat menafikan bahawa guru berperanan menjadi agen perubahan di dalam masyarakat. Para guru berganding dengan ulama’ dan umara’ terus menerus tanpa putus asa, menggerakkan usaha membangun modal insan terbilang. Ini termasuklah membangun minda anak-anak melalui ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah sehinggalah kepada ilmu-ilmu kehidupan, termasuklah ilmu sains dan teknologi. Guru bukan hanya sekadar mengajar, malah guru turut mendidik dan membentuk akhlak-akhlak terpuji. Manakala para pelajar yang ingin dilahirkan pula bukan sahaja hebat  inteleknya, malah beradab dan berintegriti. Itulah antara perkara yang ingin dicapai dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan bertepatan dengan maksud hadith Nabi SAW: “Apabila seorang anak Nabi Adam AS meninggal dunia maka terputuslah (pahala) amalannya kecuali dari (pahala) tiga (3) perkara iaitu sedekah jariah, ilmu (yang dicurahkan) yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakan (rahmat dan keampunan) untuknya.”(Riwayat Muslim)
Sidang Jemaah yang dihormati,
Islam menggalakkan kita untuk menuntut ilmu, dan mengajarkannya pula kepada insan lain. Wahyu pertama yang diturunkan kepada baginda Nabi Muhammad SAW melalui surah al-‘Alaq telah memberikan penekanan tentang kepentingan membaca dalam usaha melengkapkan diri dengan ilmu. Tambahan pula, kelebihan orang yang berilmu telah dirakamkan melalui firman Allah di dalam surah al-Mujadalah ayat 11:
Maksudnya: Supaya Allah meninggikan orang yang beriman di antara kamu, dan juga orang yang diberi ilmu pengetahuan akan darjat. Dan Allah Maha Mengetahui tentang apa yang kamu lakukan.
Sidang Jumaat yang dihormati,
Era globalisasi dan cabaran semasa menyebabkan dunia pendidikan anak-anak kita menjadi lebih terbuka. Penyalahgunaan teknologi maklumat dan komunikasi seperti penggunaan laman sosial yang tidak terkawal, serta pengaruh negatif media massa mempengaruhi tindakan para pelajar.Sering kita mendengar para pelajar yang bertindak di luar batas keagamaan dan sosial seperti merakam aksi ghairah, membuli rakan-rakan serta melakukan jenayah akibat terpengaruh dengan perkembangan yang bersifat negatif. Mimbar ingin menyatakan bahawa kita tidak boleh meletakkan peranan membentuk akhlak dan peribadi anak-anak kita hanya kepada guru-guru di sekolah sahaja. Ibu bapa serta ahli masyarakat sewajarnya memainkan peranan secara kolektif. Gunakanlah ruang permuafakatan melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk menjana idea dan menyelesaikan masalah.  Selain daripada ibubapa, masyarakat juga mestilah memainkan peranan yang penting dalam usaha menyokong para guru untuk membentuk dan mendidik generasi muda hari ini.
Antara peranan yang boleh dimainkan oleh masyarakat ialah mewujudkan kembali budaya tegur menegur dan nasihat menasihati bagi meningkatkan penghayatan nilai murni serta mengurangkan amalan negatif dalam kalangan remaja. Bagi ibu bapa pula janganlah cepat melenting sekiranya anak kita ditegur oleh guru dan ahli masyarakat, sebaliknya ambillah ia sebagai satu teguran yang positif dan membina demi kebaikan bersama. Para pengamal media sama ada media elektronik atau media cetak juga diharapkan dapat memainkan peranan yang lebih besar di dalam menyediakan rancangan dan bahan-bahan yang boleh membina kekuatan akal dan membangunkan modal insan.
Sidang Jumaat yang dikasihi Allah,
Mimbar ingin menegaskan bahawa suasana harmoni dan hubungan mesra di antara guru-guru, para ibubapa dan masyarakat perlu diperkukuhkan demi melicinkan proses pendidikan. Untuk tujuan tersebut marilah sama-sama kita membudayakan perkara-perkara berikut:
Pertama :   Janganlah diperbesar-besarkan atau disensasikan isu-isu yang remeh-temeh sebaliknya selidikilah terlebih dahulu punca sesuatu isu tersebut dan selesaikanlah secara bijaksana kerana guru juga manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.
Kedua:       Budayakan amalan perundingan dan perbincangan sepertimana
tuntutan Islam dalam menangani sebarang masalah. Ianya bertujuan bagi mengelakkan timbulnya pelbagai kesan yang tidak diingini kepada semua pihak.
Sidang Jumaat yang dihormati;
Mengakhiri khutbah pada minggu ini, mimbar menyeru dan berpesan, marilah sama-sama kita menghargai jasa dan pengorbanan guru-guru melalui tindakan berikut:
Pertama:    Mendoakan kebahagian buat guru-guru, sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.
Kedua:       Menziarahi guru-guru untuk mengeratkan silaturrahim.
Ketiga:       Menghulurkan apa juga bentuk sumbangan mengikut kemampuan  masing-masing kepada institusi pendidikan.
Keempat:   Berkatalah dengan lemah-lembut dan jangan sekali-kali menyakiti hati guru.
Kelima:      Ucapkanlah terima kasih kepada guru-guru dan semua insan yang pernah menabur bakti dan budi kepada kita.
Buat para guru pula, mimbar berpesan teruslah beristiqomah dengan penuh keikhlasan dan kesabaran dalam menyampaikan ilmu  kepada anak bangsa, mudah-mudahan akan diberi ganjaran oleh Allah SWT. Marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah al- Maidah ayat 2:
Maksudnya: “dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan ( kebaikan ) dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah, kerana Allah sesungguhnya Maha Berat Azab siksanya (bagi sesiapa yang melanggar perintahnya(


Isnin, 14 Mei 2012

The Republic Of Hunger




More than 40 per cent of India's 61 million children are malnourished, prompting the prime minister to declare the problem a "national shame".
Connect with 101 East
A recent report reveals that levels are twice that of sub-Saharan Africa, making every third malnourished child in the world an Indian.

India has one of the fastest-growing economies in the world and runs one of the largest child feeding programmes.
But critics say only a fraction of aid reaches the needy.

101 East travels to India and asks what the country is doing to feed its millions.


SUMBER......